AWAS!!! JAUHI DENGKI...

Seorang Manusia dalam Hidup dan perjalanan Perjuangan pasti akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan halangan... Maka perlulah kita bersiap sedia,,, terutama dalam menjauhi penyakit hati atau penyakit batin...

Ia seringkali terjadi dalam kehidupan masyarakat yang dikatakan serba moden ini... Sekiranya seseorang itu lebih senang atau kaya,,, maka akan dicurigai dan diperkatakan bahawa dia memperolehinya dengan cara yang tidak betul,,, samada dituduh menipu,,, rasuah bahkan dituduh mendapatkannya dengan menggunakan ilmu hitam tanpa sebarang bukti yang sahih...

Kelebihan yang dimiliki seseorang sering menjadi tempat sasaran kedengkian dan perasaan iri hati orang sekelilingnya...

Bagaimanakah masyarakat di sekeliling kita??? Adakah mereka yang memiliki kelebihan,,, kesenangan,,, kebahagiaan ataupun kenikmatan akan menjadi sasaran sifat iri hati dan dengki orang lain??? Atau hanya pada orang tertentu??? Atau hanya pada mereka yang sombong dengan kelebihan yang dimilikinya??? Atau hanya berlaku pada mereka yang dianggap lemah dan kecil dari segi kedudukan??? Juga adakah kita mampu mengendalikan sifat buruk tersebut???

Sebagai catatan buat peringatan diri,,, juga untuk dikongsi bersama... Marilah bersama-sama kita berdoa dengan membaca:




Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang. (Al- Hasyr [59] : 10 )...

Iri hati dan dengki adalah antara sifat buruk manusia yang juga disebut sebagai penyakit batin... Sifat buruk atau penyakit batin tersebut sebenarnya memiliki pengertian yang tidak sama... Namun ia biasanya bersumber dari penyebab yang sama... Iri hati adalah suatu sifat di mana sesorang itu tidak senang akan nikmat,,, anugerah,,, rezeki atau kejayaan yang diperolehi oleh orang lain,,, dan mereka cenderung untuk menyainginya...

Sedangkan dengki adalah sikap tidak senang melihat kebahagiaan,,, kenikmatan atau kejayaan yang diperolehi orang lain dan mereka berusaha untuk menghilangkan kebahagiaan,,, nikmat atau kejayaan tersebut...

Golongan yang dengki sangat tidak selesa dengan pencapaian orang lain... Mereka hanya inginkan semua kejayaan dan hasil yang diperolehi hilang dan lenyap... Hati mereka sangat sengsara...

Mereka sanggup merancang tipudaya ke atas saudara-saudara mereka... Perumpamaan mereka seperti kisah Qabil yang dengki,,, hasad dan dendam yang membuak-buak hingga akhirnya membunuh saudaranya Habil...

Sepanjang sejarah kehidupan manusia,,, sejak dari dahulu hingga kini dicatat dengan kisah hasad dengki bukannya dari orang asing bahkan dari kalangan mereka yang berda di pesekitaran kita!!!

Ibnu Mu’taz pernah berkata:“Orang yang hasad itu marah kepada orang yang tidak berdosa,,, kikir terhadap sesuatu yang bukan kepunyaannya dan sentiasa mencari atau meminta sesuatu yang tidak akan diperolehinya...”

Golongan yang dengki ini akan menghalalkan semua yang dilarang dan diharamkan untuk mencapai tujuan dan cita-cita peribadi mereka seperti api yang membakar daun-daun hijau bahkan daun-daun kering... Terdapat beberapa hadith yang dapat diambil iktibar dan pengajaran jika pintu hati setiap insan itu masih terbuka:

“Sesiapa yang menggembar-gemburkan (pada orang ramai) sesuatu perkara (perkataan) terhadap seseorang Muslim untuk menjatuhkan maruah orang tersebut di dunia pada hal ia tidak demikian, maka wajiblah Allah mencairkan pembawa fitnah tersebut pada hari Qiamat dalam api neraka sehinggalah ia dapat membuktikah kebenaran apa yang telah dikatakannya.” (Hadith riwayat Al-Thabarani)

“Barangsiapa yang memakan daging saudaranya di dunia (mengumpat) kelak pada hari Qiamat dibawakan kepadanya daging itu, dikatakan kepadanya “Makanlah daging bangkai ini sebagaimana engkau makan dagingnya ketika dia hidup dahulu”. Lalu ia pun makan memakan daging itu sambil berteriak-teriak”. (Hadith riwayat A1-Tabrani dan lain-lain)

“Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasulullah menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.” (Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Maka amatlah penting bagi setiap umat untuk kembali bermuhasabah dan melakukan penghijrahan ke arah mengurangkan konflik sesama sendiri yang berakar-umbi kepada penyakit hasad dengki... Sesungguhnya matlamat mengembalikan kegemilangan tamadun Islam itu tidak mungkin tercapai sekiranya masih mengakar budaya hasad dengki dalam kehidupan masyarakat...

Wallahu’alam...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Orang yang berpenyakit dengki itu mempunyai sifat yang suka melihat orang lain sedih, dan sedih melihat orang lain suka.”

“Barangsiapa dalam urusan keduniaan memandang kepada orang-orang yang lebih rendah, dan dalam urusan agama memandang kepada yang lebih tinggi, maka dia tergolong bersama orang-orang yang sabar dan bersyukur.”


AMALKAN BERFIKIR SEBELUM BERCAKAP


RASULULLAH SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara,,, yakni perkara baik dan buruk...

Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini??? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW...

Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas,,, jagalah ini (lidah) baik-baik... Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW,,, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami???

Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah peliharakan engkau... Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka,,, melainkan tutur katanya sendiri...” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Demikianlah betapa beratnya bencana lidah itu sehingga boleh menyebabkan tuannya terjerumus ke dalam api neraka... Sehubungan itu,,, kita seharusnya menjaga dan mengawasi lidah daripada mengucapkan perkataan keji dan kotor... Di sampingnya,,, selalu ada bahaya menunggu...

Dalam menghuraikan peranan lidah,,, Imam al-Ghazali berkata: “Ketahuilah bahawa bahaya lidah itu amat besar dan manusia tidak selamat daripada bahaya ini,,, melainkan mengucapkan tutur kata baik saja...”

Oleh itu,,, kita seharusnya memanfaatkan nikmat lidah yang dikurniakan Allah untuk mengucapkan perkataan atau tutur kata yang baik saja... Segala perkataan dan tutur kata yang keji dan kotor wajib ditinggalkan...

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata yang baik atau berdiam diri saja...” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Jagalah lidahmu kecuali bila berkata baik... Dengan berlaku demikian,,, engkau mengalahkan syaitan...”

Umat Islam tidak seharusnya menggunakan lidah untuk mencela,,, mencaci,,, memaki hamun orang lain dan berbohong...

Amat mendukacitakan apabila ada di kalangan umat Islam yang sanggup melemparkan kata kesat dan keji kepada saudaranya... Mereka seolah-olah tidak memikirkan balasan yang bakal diterima nanti...

Sebenarnya,,, orang yang menggunakan lidah ke arah keburukan adalah orang yang tidak pandai menilai nikmat kurniaan Allah S.W.T... Orang sebegini dianggap mengkufuri nikmat kurniaan Allah S.W.T...

Kesimpulannya,,, sebagai orang beriman kita hendaklah selalu mengawasi perkataan dan tutur kata... Biasakan diri berfikir dulu sebelum mengucapkan perkataan...

Jika ternyata perkataan yang hendak diucapkan itu tiada bahayanya,,, ucapkanlah... Jika sebaliknya,,, hindarilah daripada berkata-kata...


---------------------------------------------------------------------------------------------

"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"

ALAM DAN KITA...

Hari sudah menghampiri malam,,, namun pengembaraanku masih belum berakhir... Selepas menempuh hutan luas berbukit bukau,,, kini di hadapanku terpacak megah gunung yang menjadi pasak kepada bumi ini...

Aku mengambil keputusan untuk menawan puncaknya sebelum hari berubah menjadi gelap... Pendakiannya sedikit memenatkan... Tetapi aku berpuashati kerana telah menamatkan pendakian ke puncak dengan selamat...

Namun pemandangan jauh berbeza di puncak,,, segala kerakusan manusia amat jelas kelihatan... Ya,,, aku hanya dapat melihat begitu banyak kerosakan dari perbuatan tangan-tangan manusia... Sambil melihat,,, mungkin kita tidak mahu mempedulikan atau tidak mahu menengar walaupun:


Gunung ganang dan bukit bukau berkata :



Ya,,, dahulu kita semua pernah disuruh oleh ALLAH untuk memegang amanah sebagai khalifah,,, tetapi kita menolak... Kerana kita tidak sanggup menanggung bebanan yang berat itu... Manusia pula sanggup menerima...

Kita sudah lama bersabar dengan manusia,,, badan kita ditarah-tarah untuk dibuat pembangunan dan mereka dirikan pula rumah di sini... Lupakah mereka kita ini adalah pasak di bumi,,, jangan dilakukan sesuka hati sahaja??? Itu belum ditambah dengan maksiat yang dilakukan sewenang-wenangnya...

Manusia ramai yang sombong,,, sudah diberi peluang hidup di dataran tanah... Tetapi dipanjat juga tempat yang tinggi katanya untuk keamanan,,, keselesaan... Bukankah teman kita sang air memerlukan ruang untuk bergerak??? Bahkan rakan kita pepohonan rimbun memerlukan kehidupan dan menahan dada kita dari rosak???

Ya,,, benar; kita sudah terlalu tua untuk menerima segala kerakusan manusia... Atas kehendak ALLAH jualah kita dikerahkan untuk menggelongsor buat peringatan bagi yang lupa...


Lalu pepohonan hijau juga mencelah :

Entahlah... berapa ramai yang menghargai kita... Kawan-kawan ramai yang mati ditebang orang... Manusia bila sudah kaya terus ingin menjadi kaya dan tamak sehingga mengorbankan ramai kawan kita...

Apakah manusia tidak memerhatikan ??? kita diperlukan untuk membekalkan oksigen yang segar... untuk menahan terik matahari,,, agar haiwan mempunyai tempat tinggal yang sempurna dan makanan yang mencukupi...


Sang haiwan pula berbisikan :

Kita sudah lama berdiam di dalam hutan,,, tetapi diganggu juga... Apabila kita beramai-ramai keluar dimarahi pula!!! Gajah dibunuh untuk gadingnya sahaja,,, harimau ditembak untuk kulit dan beberapa bahagian badan untuk perubatan kata mereka... Badak,,, dan unggas lain semuanya sudah membawa dirinya masing-masing... Ada yang ditangkap untuk dipamerkan di zoo,,, malangnya umur mereka tidak selanjut usianya sebagaimana di dalam hutan...

Manusia pula akan menjawab apa???


------------------------------------------------------------------------------------------------------
'Orang yang berakal ialah orang yang mengetahui dan menyedari bahawa kehidupan dunia tidak digunakan untuk bersenang-senang, kerana itu dia amat berhati-hati dalam menggunakannya dan amat memanfaatkan masa dalam setiap kesempatan.'

KEANGKUHAN YAHUDI...


Keangkuhan,,, kedegilan dan kesombongan bangsa Yahudi sudah lama diberitakan panjang lebar dalam Al-Quran terutama Surah Al-Baqarah... Mereka adalah dari bangsa yang tidak pernah bersyukur dan berterima kasih kepada segala pemberian,,, kesenangan dan pertolongan yang diberikan oleh Allah S.W.T untuk kaumnya...

Kaum mereka telah diselamatkan oleh Nabi Musa dari kezaliman Firaun yang ingin menghapuskan mereka,,, tetapi mereka tidak bersyukur dan tetap engkar dengan perintah Allah S.W.T setelah diberi pertolongan...

Mereka mendakwa berasal dari darah keturunan Bani Israel,,, yang melahirkan ramai nabi-nabi dan rasul yang dimuliakan dan bijaksana... Mereka mendakwa dari bangsa pilihan dan kaum selain mereka di dunia ini - termasuk bangsa Arab – adalah hina dan halal darahnya dibunuh dan dikorbankan...

Demikianlah,,, sehingga Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui menurunkan Nabi Besar Baginda Muhamad S.A.W dari keturunan Arab Quraisy,,, sebagai pesuruh terakhir yang dijanjikan... Kerana keangkuhan,,, mereka tidak dapat menerima kerana Nabi Muhamad S.A.W bukan dari keturunan Bani Israel... Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Nabi Muhamad S.A.W bukan dari keturunannya dan marahkan ketentuan Allah S.W.T yang sudah dijanjikan...

Angkuh atau sombong merupakan satu akhlak mazmumah yang wajar dihindari... Kerana keangkuhan jualah,,, iblis telah dicampakkan oleh Allah S.W.T dari syurga... Angkuh dan ingkar dengan perintah Allah S.W.T supaya sujud kepada Nabi Adam a.s kerana merasakan bahawa penciptaannya daripada api jauh lebih mulia berbanding Nabi Adam a.s yang diciptakan dari tanah :::

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir... (Surah Al-Baqarah :ayat 34)

Di dalam Al-Quran, Allah banyak menyebut tentang persoalan angkuh dan sombong ini.Sebagai contoh, terlalu penceritaan di dalam Al-Quran yang membuka pekung keangkuhan kaum Yahudi.Betapa kaum Yahudi merupakan satu kaum yang cukup angkuh dan sering merasakan bahawa mereka adalah satu kaum pilihan Allah berbanding kaum-kaum yang lain.Kaum Yahudi menganggap mereka adalah umat pilihan, yang tidak akan dikenakan azab seksaan oleh Allah :

Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari Yang tertentu”. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu Yang tidak kamu mengetahuinya?” (Al-Baqarah :ayat 80)
Atas dasar itu jualah,,, mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Rasul terakhir yang diutuskan Allah bukanlah daripada kalangan mereka...

Al-Quran mendedahkan bagaimana kaum ini menolak ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW dan tidak terkecuali penolakan mereka terhadap nabi-nabi mereka yang terdahulu sehingga mereka pernah melampaui batasan bila mana mereka bertindak membunuh nabi yang diutuskan kepada mereka...

Kaum ini bertuhankan nafsu dan kemahuan mereka sendiri... Sentiasa merasakan bahawa mereka adalah golongan yang terbaik... Mereka dihijab dengan keujuban dan nafsu mereka sendiri...

Mereka seringkali mengkhianati janji yang diikat... Kesombongan dan keingkaran kaum ini yang telah Allah S.W.T dedahkan di dalam Al-Quran dan ini boleh dirujuk di dalam Surah Al-Baqarah ; ayat 90-93.

90. Sejahat-jahat perkara (yang mereka lakukan) ialah perbuatan mereka membeli kesenangan dirinya sendiri Dengan mengingkari Al-Quran Yang telah diturunkan oleh Allah, kerana dengki Bahawa Allah menurunkan dari limpah kurniaNya (wahyu) kepada sesiapa Yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (iaitu Nabi Muhammad s.a.w). Dengan sebab itu sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan Allah bertalu-talu, dan orang-orang Yang kafir itu akan beroleh azab sengsara Yang menghinakan.

91. Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu kepada apa Yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)”, mereka menjawab: “Kami hanya beriman kepada apa Yang telah diturunkan kepada Kami (Taurat)”. dan mereka ingkarkan (Kitab) Yang lain Yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat Yang ada pada mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa Yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang Yang beriman?”.

92. Dan Sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang Yang zalim.

93. Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia Dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil Kami berfirman): “Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) Yang Kami berikan kepada kamu itu Dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (Apa Yang diperintahkan kepada kamu Dengan mematuhinya)”. mereka menjawab: “Kami dengar, dan Kami menderhaka”. sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di Dalam hati mereka, Dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (Wahai Muhammad):” amatlah jahatnya apa Yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang Yang beriman”.

Begitulah angkuhnya Yahudi tidak mahu menerima Baginda Nabi Muhamad S.A.W sebagai utusan dan pesuruh terakhir yang dijanjikan untuk semua kaum dan agama,, termasuk kaum Yahudi... Dan Islam adalah agama sebenar yang diterimaNya...

Dan sehinggalah ke hari ini,,, terbaru siri serangan yang tidak berperikemanusiaan oleh Israel jelas sekali menunjukkan keangkuhannya... Serangan yang menghalang bantuan kemanusian disalurkan ke bumi Palestin,,, pencabulan undang-undang antarabangsa dan terang-terangan mencabar umat dan masyarakat antarabangsa untuk bertindak ke atasnya... Ia juga merupakan penerusan kepada pelbagai bentuk keangkuhan,,, penindasan dan tekanan yang dilakukan oleh Israel di muka bumi selama ini...

----------------------------------------------------------------------------------------------------
‘Apabila engkau memberi dari hartamu, tidaklah banyak pemberian itu. Tetapi apabila engkau memberi dari dirimu, itulah pemberian yang penuh bererti.’

MANUSIA, HIDUP DAN PERJUANGAN

elyas. Powered by Blogger.
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme